Blogger Templates

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA...

Saturday, June 25, 2011

KISAH KENDURI YPPH
















al kisah...
bulan 5 & 6 ni rmai staff YPPH kawen so secara tetibe jek BIG BOSS aku ni dpt idea nk wat majlis sambut menantu YPPH.. hahaha jom makan beso..

seronok sgt dpt wat majlis ni.. walaupon penat tp best.. pengantin pon ok je.. sporting abis... staff ladang pon ok jugak.. bg kerjasama.. terbaek la..

klu bos wat aktiviti gerenti best punyo... sbb semua staff terlibat... kira 1 keluarga sehati sejiwa la.. mmg terbaek,... mn ada tmpt keje lain yg wat cmni kan... ha.. cma company aku je yg wat..tu maknanye bos dan staff boleh ngam.. mcm ni la br syok nk keje..

seronok .. seronok ...seronok..
ni cite lps kenduri.. abis kenduri msing2 pun blikla umh msing2... mcm kitorg dak2 hq naik la van yang dipandu oleh abang long.. sape lagi (Shalimi la a.k.a Ghima) smpai kt Pekan Riverfront ada la gerai durian.. si abang long ni kaki segala kaki durian... diajaknye semua adik2 dlm van tu mkn durian.. perh.. best abang long blanje... hehehehe.. akhirnye dpt pow abang long.. TQ VERY MUCH ABANG LONG...

hihihi ni la kisah kenduri YPPH..

Thursday, June 9, 2011

BUKAN KENA BAYAR PUN KALAU SENYUM...

al kisah.. aku nk citer skit la kan..
pagi tadi aku nak g keje, aku singgah la kat satu kedai ni, nak bli nasi lemak.. biase pagi2 aku masak tp pagi ni aku tak sempat nk msk.. so aku cadang nk bli je la sarapan pagi ni... aku lalu kt kedai yang biasa aku beli tu, alamak... tutup la pulak makcik ni... last aku tak de choice, aku singgah la kat kedai yg dekat ngn PETRONAS SG SOI... ms mula2 aku sampai tu ada la sorg budak kedai ni duk layan aku, aku ckp la nk nasi lemak ayam goreng satu.. pastu dia ckp "jap ye nanti kite buat" sbb ms tu dia tgh isi mee goreng kt sorang mamat ni... pastu dia siap isi mee goreng tu, dia pon boleh g kat customer yg baru duduk amik order... panas gak hati aku... tp aku sabo je la.. ada la sorg budak kedai ni tgh lyn customer nk bayar.. pastu customer tu dh siap wat payment, da boleh wat tak endah je kt aku yg duk terconggok kt depan muka dia.. siap dia p bungkus nasi yg org lain order yg nk dtg amik entah bila tu.. aku yg depan mata terpacak wat donno je.. dah la muka masam macam taik kucing... cube la senyum sikit.. x de la sakit hati org...

pastu dia tny aku nk bungkus apa.. aku bgtau la nasik lemak ngn ayam goreng.. ingat lps dia tegur n tanya tu nak gak la senyum.. cis HAMPES cam babun kt hutan tu jugak muka dia... lps aku byr harga nasi tu aku terus sound dia.....
"susah sangat ke nk senyum??????????? BUKAN KENA BAYAR PUN KALAU SENYUM", sejibik aku bagi depan muka.. hahahahaha pastu terus aku blah...

Tuesday, June 7, 2011

BOIKOT CARA HIDUP YAHUDI

Ada yang memandang sinis usaha memboikot produk yang ada kaitannya dengan Zionis. Kata mereka, bukan musuh yang susah tetapi anak bangsa kita yang merempat.

Apa tidaknya, memboikot barangan Amerika samalah menutup mata pencarian para pekerja Islam yang bekerja dengan syarikat - syarikat berkenaan? Amerika tidak sakit kita yang tersepit. Boikot itu bukan caranya, dakwa mereka.

Ada pula suara sinis yang memandang enteng jerit pekik, maki hamun dan teriak semangatdalam demonstrasi - demonstrasi menentang Yahudi. Persis anjing menyalak bukit! Tel Aviv dan Washington tidak bergegar sedikit pun dengan luapan kemarahan jutaan umat Islam di seluruh dunia. Justeru keadah demonstrasi juga bukan cara yang tepat, kata sesetengah pihak yang lain.

Namun, itulah sahaja tindakan yang dapat difikirkan dan dilaksanakan demi melahirkan kebencian dan kemarahan. Bukan soal berkesan atau tidak, tetapi apa yang mampu kita buat untuk melahirkan simpati dan empati kita terhadap umat Islam Palesatin. Pokoknya mesti ada tindakan- "actions speaks louder than words.."

Sebenarnya, Yahudi mesti dibenci dan ditentang mengikut cara yang sangat dibenci dan memudaratkan mereka. Apakah cara itu? Firman Allah:
"Sesekali Yahudi dan Nasrani itu tidak akan redha selagi kamu tidak mengikut agama (cara hidup) mereka" (Surah al-Baqarah 2:120)

Ini rahsia hati perut Yanhudi yang dibongkar oleh ALLAH s.w.t sendiri. Sekiranya umat Islam berjaya mengamalkan cara hidup Islam dan membuang cara hidup Yahudi, itulah sikap yang paling menyakitkan mereka.

Tegasnya dengan mengamalkan sepenuhnya cara hidup bersyariat, itulah "demonstrasi" yang paling menyakitkan Zionis. Dan usaha "memboikot" cara hidpo Yahudi- budaya hedonisme (berseronok - seronok dengan hiburan secara keterlaluan), pendedahan aurat, pergaulan bebas, arak, pengamalan riba, dadah dan lain - lain perkara yang haram, maka itulah kaedah yang paling ditakuti oleh Yahudi.

MArilah kita semarakkan cara hidup Islam, sepenuh dan seluruh. Insya-Allah, secara automatik Yahudi akan tertekan. Jangan hanya lisan sahaja yang membenci tetapi sebaliknya tindakan kita memuji. Justeru,membenci jangan hanya dengan emosi tetapi gunakanlah akal dan hati!

Sunday, June 5, 2011

Pulanglah - Awi Rafael (Lyric)


bukalah mata dan lihat dihadapan mu
aku berdiri tegak tapi kau tak nampak
hodohkah aku sering kau campak saja
banyak yang dia ada yang aku tak ada

mungkinkah aku yang tidak sekaya
mungkinkah aku yang tidak bergaya
haruskah aku pun tetap menanti kamu
berikan jawapan

pulanglah sebelumku run away..
aku menanti kamu everyday
aku menunggu dari
MONDAY TUESDAY WEDNESDAY THURSDAY
tak ingin tak perlu

aku berjalan di kota kuala lumpur
semuanya nampak berbeza tapi ku sama
mungkinkah aku yang tak sekaya
mungkinkah aku tak bergaya
haruskah aku pun tetap menanti kamu
berikan jawapan........

Saturday, June 4, 2011

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR...


Andai kau tahu ini ramadhan yang terakhir
Tentu siangnya kau sibuk berzikir
Tentu engkau takkan jemu mendendangkan syair rindu
Mendayu... merayu kepadaNYa Tuhan yang satu

Andai kau tahu ini ramadhan yang terakhir
Tentu solat mu kau kerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjakan sungguh khusyuk dan tawaddu'
tubuh dan kalbu bersatu menghamba diri
menghadap Rabbul Jalil.. menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alami.."
~ sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku
kuserahkan hanya kepada ALLAH tuhan sekalian alam~

Andai kau tahu ini ramadhan yang terakhir
tidak akan kau sia - siakan walau sesaat yang berlalu
setiap detik tidak akan dibiarkan begitu sahaja
disetiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al - Quran akan kau dendangkan
bakal kau syairkan...

Andai ini ramadhan yang terakhir
tentu malamu kau sibukkan dengan
berterawih.. berqiamullail.. bertahajjud..
merintih.. mengadu.. meminta belas kasih..
"sesungguhnya aku tidak layak ke syurga MU
tapi tak pula aku sanggup ke neraka MU"

Andai kau tahu ini ramadhan terakhir
tentu kau tidak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru.. kita cari.. 1 malam idaman
yang lebih baik dari 1000 bulan

Andai kau tahu ini ramadhan yan terakhir
tentu engkau menyediakan batin dan zahir
mempersiapkan diri.. rohani dan jasmani
menanti - nanti jemputan Izrail
dikiri dan kanan lorong - lorong redha AR RAHMAN


Duhai ILAHI
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia RAmadhan yang paling beerti dan berseri
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMU YA ILLAHI
semoga bakal menerangi kehidupan kami di sana nanti

Namun teman..
tidak akan ada manusia yang akan mengetahui
apakah ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba hanyalah
berusaha.. bersedia... meminta belasNYA

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga MU
Namun tak pula aku sanggup ke neraka MU
kamilah hamba yang mengharap belas datri MU
YA ALLAH jadikanlah kami hambaMU yang bertaqwa
ampunkanlah dosa - dosa kami .. dosa ibu bapa kami
dan dosa umat -umat islam yang masih hidup
mahupun yang telah meninggal dunia

ANDAI BENAR INI RAMADHAN YANG TERAKHIR BUAT KU..
MAAFKAN SEGALA KESALAHAN YANG TELAH AKU LAKUKAN.......












Friday, June 3, 2011

ENJIT -ENJIT SEMUT






enjit - enjit semut
siapa sakit naik atas...