Blogger Templates

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA...

Monday, March 12, 2012

~~~ Puisi Buat Sahabat~~~~

Ya Allah

Panjangkanlah umur sahabatku

Kurniakanlah kesihata yang baik kepadanya

Terangilah hatinya dengan Nur pancaran iman

tetepkanlah hatinya

perluaskanlah rezekinya

dekatkanlah hatinya ke arah kebaikan

jauhkanlah hatinya dari kejahatan

tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama. dunia dan akhirat


Ya Muhaimin,

jika dia jatuh hati izinkan dia

menyentuh hati seseorang

yang hatinya bertaut padaMu

agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu

jagalah hatinya agar tidak berpaling

daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu

jika dia rindu,

rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya Allah...

jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh

dalam perjalanan panjang menyeru manusia je jalan -MU

jika Kau halalkan aku merindui sahabatku,

janganlah engkau melampaui batas sehingga

melupakan daku pada cinta hakiki

rindu abadi dan kasih sejati

hanya untuk-Mu

Ya Allah ..

kurniakanlah kepada sahabatku

KESENANGAN, KETENANGAN,KECEMERLANGAN DAN HIDAYAH DARI-MUDALAM MENEMPUH CABARAN SERTA LIKU - LIKU HIDUP DI DUNIA DAN AKHIRAT KELAK... INSYA-ALLAH.....


AMIN YA RABAL ALAMIN....


Friday, December 23, 2011

AKU HANYALAH SEORANG INSAN

Teman,

Hidup ini satu perjuangan

Selalu menuntut pengorbanan

Hidup juga satu anugerah Tuhan

Yang selalu menguji keimanan

Teman,

Aku sendiri tidak mengerti

Apakah yang ingin dicari

Selalu ku bertanya sendiri

Sampai bila harus begini

Aku sentiasa jadi keliru

Menentukan arah hidupku

Hanya kerana kesilapan dulu

Hidupku jadi tidak menentu

Teman,

Tuhan sentiasa menguji diriku

Menguji kesabaran dan ketabahan ku

Adakah diriku mampu???

Itulah yang selalu bermain dibenakku

Teman,

Maafkanlah diriku

dengan luahan perasaan ku ini

bukan ingin mohon belas kasihan

apalagi belas simpati

hanya ku ingin ingatkan dirimu teman

fikirlah dengan mata hati

terburu nafsu jangan sekali

apalagi mengikut kata hati

salah tindakan engkau yang rugi

kerana ku sudah merasai

lukanya hati kerana mempaercayai

Kini teman,

hanya kepada ALLAH kupanjatkan

moga diriku diberi kekuatan

meneruskan sebuah kehidupan

yang masih jauh dihadapan

moga diriku tidak lagi kecundang

peristiwa semalam sebagai pedoman

Ya ALLAH.. Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

hadirkanlah sebuah kebahagiaan

hentikanlah airmata kesedihan

kerana diriku hanya seorang insan

yang lemah lagi kekurangan

mengharap kasihMU wahai TUHAN......

Friday, December 2, 2011

~~s@LaM P3rPisaH@n~~

Masihkah ingat lagi

semusm yang berlalu

awal perkenalan kita

di laman muka buku

lidah kelu membisu

hanya senyum tersimpul

namun sukarnya untuk meluahkan kata

mengharapkan hulur salam kemesraan

ratapan naluri

hari - hari yang kemesraan menguntum

terisi tiap waktu cerita suka dan duka

tiap kata tertaip pasti senyum terukir

menyusul gelak tawa gurauan kebahgiaan

pasti rindu terasa bila berjauhan

betapa sucinya ikatan ini

saat - asaat indah bilakan kembali

pasti bersemadi tertulis dihati

manisnya kenangan menjadi memori

milikku abadi hingga akhir nanti

sungguh pilu terasa tiba saat berpisah

airmata berlinangan hati sebak menahan

di akhir pertemuan adanya perpisahan

namun tiada berdaya untukku menahannya

ku hulur tangan ini sebagai tanda

SALAM PERPISAHAN

~~TeM@N FaC3Bo0kKu~~

TELAH KAU SAMPAIKAN SALAM PADA TEMANMU
LEWAT LAMAN SOSIAL DI FACEBOOKMU
TELAH KAU KIRIMKAN GAMBAR TERBARUMU
TELAH KAU REPLY KOMEN - KOMEN ITU

SUDAHKAH KAU BALAS PANGGILAN TUHANMU
SUDAHKAH KAU KIRIM SELAWAT KE ATAS NABI MU
SUDAHKAH KAU BACA AYAT CINTA TUHANMU
SUDAHKAH SAHABAT?? SUDAHKAH????

MAIN FACEBOOK TIADA SALAHNYA
ASAL JANGAN LANGGAR SYARATNYA
JANGAN SAMPAI MELALAIKANMU
BERJAM - JAM DI DEPAN LAPTOP MU

KU DI SINI HANYA MENGINGATI
TEMAN - TEMAN YANG AKU SAYANGI
JANGAN HANYA KERANA FACEBOOKMU
KAU LUPAKAN TUHANMU
TEMAN FACEBOOK KU..

Saturday, November 12, 2011

~~ ABAH AKU RINDU PADAMU~~

Aku tak mampu menghantar kepergianmu

Langit mendung turut berduka

Orang - orang riuh rendah bercerita

Tentang segala amal kebaikanmu

Aku datang kepadamu, ayah

Semilir di bawah kemboja dan nisanmu

Aku menangis dan berdoa

Mengenang segala salah san dosaku kepadamu

Kepergianmu seketika mendewasakan aku

Mengajarkan aku betapa penting erti hidup

Untuk menjadi berguna bagi sesama

Kepergianmu mengajarku

Bagaimana harus mencintai dan menyayangi

Bagaimana harus tulusberkorban dan bersabar

Bagaiman harus berjuang demi anak - anaknya

Hingga saat terakhir hayatmu

Engkau terus berdoa demi kebahagiaan anak - anakmu

Hari ini aku menemuimu, ayah

Lewat sebait puisi untuk mengenangmu

Bila datang saatnya nanti

Kan ku ceritakan segala kebesaran dan keagunganmu

Bersama embun fajar kemarau ku sertakan doa

Semoga engkau mendapatkan tempt terbaik di sisiNya

Ayah,

Aku merinduimu....



Friday, November 4, 2011

~~aku, dia dan restoren~~

al - kisah di hari Jumaat yang indah permai penghulu segala hari, aku bersama sepupu dan kawanku berhajat nak main boling di MEGALANE BERJAYA MEGAMALL... so dengan semangat yang berkobar2 sepupu aku ni amekla aku kat opis aku pas aku abes keje kul 5:30ptg... ahakzxx that's my pic with my red ball.. wakakaka...Pas main boling tetibe jek perut aku ni meragam... bukan meragam nak admit kat EMERGENCY WARD (tandasla.. bahasa indah aku n rakan seopis) tapi meragam nak makan... huhuhu LAPO la dlm erti kata sebenar.. ahakzxx..

so pikir punye pikir ada la satu kedai ni yg orang rekomen ajak acu cube try test rasa.. amacam best ke tak ke masakan dia.. so kitorang pon nak try la...

memey ramai la orang malam ni... macam best jek.. pada pandangan mata kasar aku le... so.. kitorang pon dudukla nak order... dlm 5 minit jugakla tunggu bru ada mamat ni amek order... kitorang order la nasi goreng jer.... senang kan.....

tunggu punye tunggu sampai la air yang dipesan oleh kitorang... milo ais, milo ais tabur dan singer beng.. ahazxx limau suam la... sambil2 tunggu makanan kitorang buat aktiviti poyo iaitu.. berposing di meja makan... ahakzxxx



cutekan muka masa ni.. masa mula2 air sampai... dan dalam menunggu nasi yang tak kunjung tiba ada la dekat 1 JAM 42 MINIT 36 SAAT... siap kira time tu wei..... wakakaka... tetiba jek muka jadi macam ni.. (sila lihat gambar di bawah..)

sebek wei... nasik aku mana.... lapo ni wei... dari pagi sampai malam perut aku ni terima meggi je... tu pon pukul 12.45tghri td... adessss lapo ni weiiiiii.............. ce korang tgk muka sepupu aku ni pulop!!! ni muke GENGSTER!!! tunggu nasik tak sampei2..... ingat ye 1 JAM 41 MINIT 36 SAAT... lama tak tunggu???????? bukan 40MINIT...dekat 2JAM tu weiiii...

mana tak hangin kitorang... aku masa ni boleh tahan lagi.. siap minum air limau suam aku sikit2 lama2 abessss.... bila air aku dah abess aku pon hape lagi... bangun dan petik jari lalu panggil budak kira.. dengan wat isyarat jari telunjuk pusing2... nak kira pon amek masa.. adesss.....

datang je budak kira tu aku pon bagi jek terus.. "dik minum je ye.. makan tarak...., akak tunggu nasik tak sampei2...." budak tu dengan muka seposennye tanya.. "aik.. makanan tak sampei lagi?" adesss... bikin hangin jugak budak ni.. klu x de pinggan kosong atas meja ni tak de la makanan.. hape ke b%#*h la budak ni... dengan muka serba salah budak tu cakap "jap ye kak.. jap lagi siap la tu.." aku yang tengah hangin ni pon balas balik kat dia "tak pe la dik.. perut kitorang ni semua dah masuk hangin.. ni pon nasib baik tak hangin satu badan....." kira jela air ngan nasik bungkus ni..." hah!! yang aku pelik sangat2 ni.. kenapa la nasik bungkus ni siap dulu sedangkan nasi kami yang nak makan ni tak sampei2.. ce korang pikio... ce pikio.... adessssss.....

sumpah pas ni aku tak gie dah kedai tu.. korang nak tau kenapa lembab sangat servis kedai tu???? sebab aku terperasan ada sekumpulan manusia yang selenga datang ramai2 order macam2.. ada la dekat 20 org kot.. memang anak beruk....

MORAL OF THE STORY:
JANGAN MAKAN KAT KEDAI YANG ORANG RAMAI.. KLU KORANG KURANG KESABARAN MACAM AKU LA.... WAKAKAKAKA....

Saturday, October 29, 2011

SURAT UNTUK BULAN....

Apa khabar bulan..?
lama tidak bersua..
bukan tiada ingatan..
..bahkan selalu sahaja
menyebut dan mengenang
yang jauh di sudut hati

Kamu sihat bulan..?
lama tidak bertanya khabar..
bukan tak sudi tapi menjaga
kadang aku fikir kamu tak suka
kerana kamu kadang tidak membalas tanyaku
lalu ku intai dari jauh
untuk nyata kamu sihat..

Bagaimana hidup kamu bulan..?
lama kamu tidak bercerita..
tapi aku titipkan doa kebahagiaan buat mu
selalu selepas solat ku
tanda ingatan hati buat mu
yang mahu melihat kamu bahagia
kerana bahagia mu bahagia ku jua

Kamu ingat aku bulan..?
.. tak mengapa..
tak perlu kamu jawabnya
kerana memadai bagiku
pancaran sinar..
..di kala kamu mengambang

Aku rindu kamu bulan..
Aku rindu kamu..
Rindu..