Tuesday, April 10, 2012
PETUA SENANG HAMIL... INSYAALLAH....
Saturday, April 7, 2012
JOM... NAK KONGSI TIPS SIKIT
Monday, March 19, 2012
Monday, March 12, 2012
~~~ Puisi Buat Sahabat~~~~
Ya Allah
Panjangkanlah umur sahabatku
Kurniakanlah kesihata yang baik kepadanya
Terangilah hatinya dengan Nur pancaran iman
tetepkanlah hatinya
perluaskanlah rezekinya
dekatkanlah hatinya ke arah kebaikan
jauhkanlah hatinya dari kejahatan
tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama. dunia dan akhirat
Ya Muhaimin,
jika dia jatuh hati izinkan dia
menyentuh hati seseorang
yang hatinya bertaut padaMu
agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu
jagalah hatinya agar tidak berpaling
daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu
jika dia rindu,
rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu
Ya Allah...
jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia je jalan -MU
jika Kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah engkau melampaui batas sehingga
melupakan daku pada cinta hakiki
rindu abadi dan kasih sejati
hanya untuk-Mu
Ya Allah ..
kurniakanlah kepada sahabatku
KESENANGAN, KETENANGAN,KECEMERLANGAN DAN HIDAYAH DARI-MUDALAM MENEMPUH CABARAN SERTA LIKU - LIKU HIDUP DI DUNIA DAN AKHIRAT KELAK... INSYA-ALLAH.....
AMIN YA RABAL ALAMIN....
Friday, December 23, 2011
AKU HANYALAH SEORANG INSAN
Teman,
Hidup ini satu perjuangan
Selalu menuntut pengorbanan
Hidup juga satu anugerah Tuhan
Yang selalu menguji keimanan
Teman,
Aku sendiri tidak mengerti
Apakah yang ingin dicari
Selalu ku bertanya sendiri
Sampai bila harus begini
Aku sentiasa jadi keliru
Menentukan arah hidupku
Hanya kerana kesilapan dulu
Hidupku jadi tidak menentu
Teman,
Tuhan sentiasa menguji diriku
Menguji kesabaran dan ketabahan ku
Adakah diriku mampu???
Itulah yang selalu bermain dibenakku
Teman,
Maafkanlah diriku
dengan luahan perasaan ku ini
bukan ingin mohon belas kasihan
apalagi belas simpati
hanya ku ingin ingatkan dirimu teman
fikirlah dengan mata hati
terburu nafsu jangan sekali
apalagi mengikut kata hati
salah tindakan engkau yang rugi
kerana ku sudah merasai
lukanya hati kerana mempaercayai
Kini teman,
hanya kepada ALLAH kupanjatkan
moga diriku diberi kekuatan
meneruskan sebuah kehidupan
yang masih jauh dihadapan
moga diriku tidak lagi kecundang
peristiwa semalam sebagai pedoman
Ya ALLAH.. Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
hadirkanlah sebuah kebahagiaan
hentikanlah airmata kesedihan
kerana diriku hanya seorang insan
yang lemah lagi kekurangan
mengharap kasihMU wahai TUHAN......
Friday, December 2, 2011
~~s@LaM P3rPisaH@n~~
Masihkah ingat lagi
semusm yang berlalu
awal perkenalan kita
di laman muka buku
lidah kelu membisu
hanya senyum tersimpul
namun sukarnya untuk meluahkan kata
mengharapkan hulur salam kemesraan
ratapan naluri
hari - hari yang kemesraan menguntum
terisi tiap waktu cerita suka dan duka
tiap kata tertaip pasti senyum terukir
menyusul gelak tawa gurauan kebahgiaan
pasti rindu terasa bila berjauhan
betapa sucinya ikatan ini
saat - asaat indah bilakan kembali
pasti bersemadi tertulis dihati
manisnya kenangan menjadi memori
milikku abadi hingga akhir nanti
sungguh pilu terasa tiba saat berpisah
airmata berlinangan hati sebak menahan
di akhir pertemuan adanya perpisahan
namun tiada berdaya untukku menahannya
ku hulur tangan ini sebagai tanda
SALAM PERPISAHAN
