Blogger Templates

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA...

Wednesday, September 26, 2012

Resepi kek pisang moist!!!

haha.. dh lama aku tak mencoret sesuatu kat blog aku nim.. mana taknye BZ manjang.. sampai ada member aku majuk ngn aku sbb x de ms nk sembang... hohohohohoho...

ok.. kita masuk tajuk n3 yg sebenarnye...

sebenarnye aku teringin sangat nk makan kek pisang buatan tangan aku sendiri... yang jual kat kedai tu tak sedap... kering sangat!! so aku buat lah sendiri.. kebetulan pulak ada pisang yang mak aku bagi sebelum balik kuantan ari tu.. itu un pisang masa kenduri kawen sepupu aku kat Pekan...



ha.. tu diaaaa kek pisang aku yang dah siap...
okies... kat sini aku bagi resepi kat korang klu nak try la.... senang je kot...

bahan - bahannye adalah:-

1 cwn gula halus
4 biji telur
2 cwn tepung gamdum
1 cmc ovallete
1 cmc soda bikarbonat
1 cmc baking powder
1/2 cwn minyak masak
jangan lupa bahan paling penting...
4 - biji pisang (lenyek)

hahaha... pastu ni aku bagitau cara nak buat kek ni plak:-

senang je kot...

pukul telur dengan gula sampai kembang, pastu korang masukkan tepung yg dah diayak, masuk sekali soda bikarbonat dan baking powder...
masuk sikit demi sikit tau...
kemudian, korang masukkan ovallete.. 
then masukkan minyak masak dan akhir sekali korang masukkan plak pisang tadi yg dah dilenyek.... 
sebelum tu jangan lupa panaskan kukus dulu...
dah siap adunan kek pisang tu, letaklah dalam loyang kek.. pastu ape lagi.. kukus lah........

kan senang!!!!! 

selamat mencuba...

aku buat kek ni nak bagi member2 opis try.. dorang cakap SEDAP!!!!! hahaha klu korang nak tau sedap ke tak, TRY la.....



Sekian n3 aku pada kali ni... dah nak balik umah dah.. hehehe ni masih kat opis..... :)

Tuesday, August 14, 2012

kenangan raya zaman kecik2 dulu..

Sedar tak sedar kita dah berada di penghujung Ramadhan... tinggal 4 hari lagi nak raya.... Time2 cam ni bebudak la yg paling happy.. suker giler dorang nak raya.... 

Bila sebut pasal raya ni aku teringat zaman2 aku kecik dulu... Seronok sangat nak raya... balik kampung jumpa nenda, sepupu... dah tentu2 semua ahli keluarga  berkumpul umah nenda... 

Masih terbayang masa buka puasa last sebelum raya.. penuh umah nenda.. maklum la adik beradik mak aku 10 org... semua dah ada keluarga sendiri.. bayangkan cucu nenda aku seramai 36 orang berkumpul kat umah nenda... waaaaa memang meriah..... macam2 kerenah.... Belah malam plak masing2 sibuk main mercun dan bunga api.... kawasan umah kampung best.. jiran2 sebelah menyebelah cuma keluarga terdekat je... 

Yang masih segar dalam ingatan aku masa malam raya tu.. time orang takbir raya... aku dan sepupu aku sibuk bakar lemang... masa tu pakcik akula yang paling sibuk sekali.. maklum la dialah satu satunye adik mak aku yang lelaki.. yang lain semua pompuan.... hahhahaha pakcik aku kena buli ngan anak2 sedara..... 

Tu dulu.. masa dia belum berkeluarga lagi... sekarang ni..... ermmmm... lepas nenda aku pergi selamanya.. dah tak meriah pon raya... tapi kami tetap selalu bersatu bila hari raya... 

hah... cita pasal hari raya plak.. tadi pasal sebelum raya... 

Time ni memang best.. walaupun aku dan sepupu tak tinggal kat kampung, tapi orang kampung tetap kenal dengan kitorang... habis semua umah jiran2 kitorang redah.. dulu mana pandai bawa motor ke kete ke nak g jalan2... kaki je la pengangkutan kitorang.. jauh gile jalan sampai kampung sebelah... 

Pas dah letih jalan2 kumpul duit raya kitorang singgah kedai runcit... beli aiskrim.. dulu ais krim paling pemes AISKRIM ITIK... hahah... harga dia.. 20 sen je pon...  best giler eskem tu.. zaman sekarang mana nak cari... yang ada paddle pop, cornetto, magnum... semua tu tak sebest eskem ITIK... 

Dah rehat sekejap kitorg sambung semula kumpul duit raya... dulu raya kat kampung sampai raya ke - 3 pon masih beraya umah jiran2.. tapi sekarang.. raya pertama pon tak pergi mana2.. duk umah tengok TV je... tak syiok langsung... serupa je raya dengan tak raya.... sebab tu budak sekarang tak pandai nak hormat orang tua... time2 raya ni la nak kunjung - mengunjung sanak saudara, sahabat handai... kenal sanak saudara... 

Ok la sampai sini dulu n3 aku wat masa ni.. nak sambung keje plak.. jap lagi bos masuk naya.... 

Wednesday, July 25, 2012

AHLAN YA RAMADHAN...

Salam Ramadhan semua... 
Lama sudah saya tak menulis diblog ni... 


Alhamdulillah, bertemu lagi saya dengan Ramadhan 1433h.. Syukur sangat2... Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna.. 

Tuesday, April 10, 2012

PETUA SENANG HAMIL... INSYAALLAH....

Bagi suami isteri, elakkan memakan makanan berikut:-

* makanan segera macam KFC, MCDonald, A&W
* Burger dan nugget
*makan jambu batu
* minuman bergas - coke, pepsi
* Ajinomoto dan seangkatan dengannya
* cili
* tomato
* taugeh
* peria yg bli kat pasar... klu tanam sendiri x pe...
* kobis
* makanan laut - kerang, udang, sotong...
* makanan yang dibakar terus (direct) dengan api - satay, ikan bakar

Amalkan amalan berikut selepas solat, bila - bila masa & ketika di mana jua

** Istighfar
** Subhanallah
** Alhamdulillah
** Allahu akbar
** Selawat ke atas Nabi S.A.W

Ketika mandi:-

Jirus tepat ke atas kepala (bukan ubun - ubun) dengan niat mohon supaya dikeluarkan segala penyakit, angin dan darah kotor, hati busuk, disihatkan badan dan hati. Iring sekali dengan selawat (dalam hati jela)

Cuci pusat diringi selawat ke atas Nabi S.A.W..


Insyaallah dengan usaha dan tawakkal....

Sekadar perkongsian bersama....


Saturday, April 7, 2012

JOM... NAK KONGSI TIPS SIKIT

MENGIRA WAKTU SUBUR WANITA...

Tetiba jek aku teringin nak kongsi kiraan waktu subur wanita ni... bukan ape.. ada la kawan aku kat opis tu, dia bru je kawen dalam 1 thn jugak tapi blom ada rezeki nak timang cahaya mata.... dia ada tanya aku pasal kesuburan ni.. cey wah cam doktor sakit puan plak aku ni.... hahahaha tak de la sampai macam tu.. pengetahuan bab2 perempuan ni ada la sikit2.. klu tak ada bukan perempuan la aku ni... hehehhehehe... walaupon aku belum lagi dikurniakan cahaya mata setelah 8 tahun berkahwin... huhuhuhu... bru2 ni aku ngandung.. tapi aku gugur.. nak wat cam ne.. dah tak der rezeki aku lagi.. insyaallah nanti ada la tu... go go chaiyok LANGIT BIRU...

opssss... terlebih sudaaaa....

kita ke topik utama ye....

ingat tak....
kitaran haid wanita adalah satu tajuk sangat penting masa zaman kita sekolah dulu?????
KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA???
Ada 2 sebab utama:-
i) tentunye la sebab nak dapatkan zuriat atau mudah kata nak dapat anak la....
ii) dan 1 lagi pada ibu n bapa yg nak merancang... pon kena tau hal ni...

FAHAMI KITARAN HAID....
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham... Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya 28 - 30 hari...tapi wanita ada kitaranya sendiri selama 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. tetapi secara purata 28 - 30 hari....

Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini...

1) Hari 1 - 4

Ia dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation)- ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah dimana fasa ini bermula. PAda hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas beberapa hari. Sebaik - baiknya ditanda setiap bulan jika anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari dalam sebulan.

2) Hari 5 - 13

Ia dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul didinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Dikawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi matang.

3) Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil OVULASI berlaku. Telur akan terkeluar dari sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormon (LH). Telur ini jika tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Jika ia disenyawakan akan turun melalui saluran falopio ke rahim.

4) Hari 15 - 28

Ini dipanggil fasa LUTEAL atau SECRETORY. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormon dipanggil PROGESTRONE dirembas daripada sarangnya (CORPUS LUTEUM) Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari pertama.

ni anda semua perlu tahu sangat - sangat... penting ni....

BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovolusi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku???
Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
++ (14 days from the 1st day of your NEXT period NOT your previous period)

Tak faham??? Macam ni......

Katakanlah tempoh kitaran kamu 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. JAdi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katakanlah period bulan itu 30 hari, maka 30hari - 14 hari = hari ke 16 adalah hari subur dan bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari, maka 35 - 14 hari ke 21 adalah waktu subur.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah - ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari seelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah - ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

Okies la sampai cni dulu entry kali ni... Insyaallah klu ada rezeki sy akan lanjutkan lagi tips2 yang boleh kita kongsi bersama........



Monday, March 12, 2012

~~~ Puisi Buat Sahabat~~~~

Ya Allah

Panjangkanlah umur sahabatku

Kurniakanlah kesihata yang baik kepadanya

Terangilah hatinya dengan Nur pancaran iman

tetepkanlah hatinya

perluaskanlah rezekinya

dekatkanlah hatinya ke arah kebaikan

jauhkanlah hatinya dari kejahatan

tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama. dunia dan akhirat


Ya Muhaimin,

jika dia jatuh hati izinkan dia

menyentuh hati seseorang

yang hatinya bertaut padaMu

agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu

jagalah hatinya agar tidak berpaling

daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu

jika dia rindu,

rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya Allah...

jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh

dalam perjalanan panjang menyeru manusia je jalan -MU

jika Kau halalkan aku merindui sahabatku,

janganlah engkau melampaui batas sehingga

melupakan daku pada cinta hakiki

rindu abadi dan kasih sejati

hanya untuk-Mu

Ya Allah ..

kurniakanlah kepada sahabatku

KESENANGAN, KETENANGAN,KECEMERLANGAN DAN HIDAYAH DARI-MUDALAM MENEMPUH CABARAN SERTA LIKU - LIKU HIDUP DI DUNIA DAN AKHIRAT KELAK... INSYA-ALLAH.....


AMIN YA RABAL ALAMIN....