Blogger Templates

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA...

Tuesday, April 10, 2012

PETUA SENANG HAMIL... INSYAALLAH....

Bagi suami isteri, elakkan memakan makanan berikut:-

* makanan segera macam KFC, MCDonald, A&W
* Burger dan nugget
*makan jambu batu
* minuman bergas - coke, pepsi
* Ajinomoto dan seangkatan dengannya
* cili
* tomato
* taugeh
* peria yg bli kat pasar... klu tanam sendiri x pe...
* kobis
* makanan laut - kerang, udang, sotong...
* makanan yang dibakar terus (direct) dengan api - satay, ikan bakar

Amalkan amalan berikut selepas solat, bila - bila masa & ketika di mana jua

** Istighfar
** Subhanallah
** Alhamdulillah
** Allahu akbar
** Selawat ke atas Nabi S.A.W

Ketika mandi:-

Jirus tepat ke atas kepala (bukan ubun - ubun) dengan niat mohon supaya dikeluarkan segala penyakit, angin dan darah kotor, hati busuk, disihatkan badan dan hati. Iring sekali dengan selawat (dalam hati jela)

Cuci pusat diringi selawat ke atas Nabi S.A.W..


Insyaallah dengan usaha dan tawakkal....

Sekadar perkongsian bersama....


Saturday, April 7, 2012

JOM... NAK KONGSI TIPS SIKIT

MENGIRA WAKTU SUBUR WANITA...

Tetiba jek aku teringin nak kongsi kiraan waktu subur wanita ni... bukan ape.. ada la kawan aku kat opis tu, dia bru je kawen dalam 1 thn jugak tapi blom ada rezeki nak timang cahaya mata.... dia ada tanya aku pasal kesuburan ni.. cey wah cam doktor sakit puan plak aku ni.... hahahaha tak de la sampai macam tu.. pengetahuan bab2 perempuan ni ada la sikit2.. klu tak ada bukan perempuan la aku ni... hehehhehehe... walaupon aku belum lagi dikurniakan cahaya mata setelah 8 tahun berkahwin... huhuhuhu... bru2 ni aku ngandung.. tapi aku gugur.. nak wat cam ne.. dah tak der rezeki aku lagi.. insyaallah nanti ada la tu... go go chaiyok LANGIT BIRU...

opssss... terlebih sudaaaa....

kita ke topik utama ye....

ingat tak....
kitaran haid wanita adalah satu tajuk sangat penting masa zaman kita sekolah dulu?????
KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA???
Ada 2 sebab utama:-
i) tentunye la sebab nak dapatkan zuriat atau mudah kata nak dapat anak la....
ii) dan 1 lagi pada ibu n bapa yg nak merancang... pon kena tau hal ni...

FAHAMI KITARAN HAID....
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham... Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya 28 - 30 hari...tapi wanita ada kitaranya sendiri selama 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. tetapi secara purata 28 - 30 hari....

Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini...

1) Hari 1 - 4

Ia dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation)- ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah dimana fasa ini bermula. PAda hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas beberapa hari. Sebaik - baiknya ditanda setiap bulan jika anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari dalam sebulan.

2) Hari 5 - 13

Ia dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul didinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Dikawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi matang.

3) Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil OVULASI berlaku. Telur akan terkeluar dari sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormon (LH). Telur ini jika tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Jika ia disenyawakan akan turun melalui saluran falopio ke rahim.

4) Hari 15 - 28

Ini dipanggil fasa LUTEAL atau SECRETORY. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormon dipanggil PROGESTRONE dirembas daripada sarangnya (CORPUS LUTEUM) Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari pertama.

ni anda semua perlu tahu sangat - sangat... penting ni....

BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovolusi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku???
Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
++ (14 days from the 1st day of your NEXT period NOT your previous period)

Tak faham??? Macam ni......

Katakanlah tempoh kitaran kamu 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. JAdi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katakanlah period bulan itu 30 hari, maka 30hari - 14 hari = hari ke 16 adalah hari subur dan bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari, maka 35 - 14 hari ke 21 adalah waktu subur.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah - ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari seelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah - ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

Okies la sampai cni dulu entry kali ni... Insyaallah klu ada rezeki sy akan lanjutkan lagi tips2 yang boleh kita kongsi bersama........