Teman,
Hidup ini satu perjuangan
Selalu menuntut pengorbanan
Hidup juga satu anugerah Tuhan
Yang selalu menguji keimanan
Teman,
Aku sendiri tidak mengerti
Apakah yang ingin dicari
Selalu ku bertanya sendiri
Sampai bila harus begini
Aku sentiasa jadi keliru
Menentukan arah hidupku
Hanya kerana kesilapan dulu
Hidupku jadi tidak menentu
Teman,
Tuhan sentiasa menguji diriku
Menguji kesabaran dan ketabahan ku
Adakah diriku mampu???
Itulah yang selalu bermain dibenakku
Teman,
Maafkanlah diriku
dengan luahan perasaan ku ini
bukan ingin mohon belas kasihan
apalagi belas simpati
hanya ku ingin ingatkan dirimu teman
fikirlah dengan mata hati
terburu nafsu jangan sekali
apalagi mengikut kata hati
salah tindakan engkau yang rugi
kerana ku sudah merasai
lukanya hati kerana mempaercayai
Kini teman,
hanya kepada ALLAH kupanjatkan
moga diriku diberi kekuatan
meneruskan sebuah kehidupan
yang masih jauh dihadapan
moga diriku tidak lagi kecundang
peristiwa semalam sebagai pedoman
Ya ALLAH.. Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
hadirkanlah sebuah kebahagiaan
hentikanlah airmata kesedihan
kerana diriku hanya seorang insan
yang lemah lagi kekurangan
mengharap kasihMU wahai TUHAN......