Blogger Templates

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA...

Tuesday, June 7, 2011

BOIKOT CARA HIDUP YAHUDI

Ada yang memandang sinis usaha memboikot produk yang ada kaitannya dengan Zionis. Kata mereka, bukan musuh yang susah tetapi anak bangsa kita yang merempat.

Apa tidaknya, memboikot barangan Amerika samalah menutup mata pencarian para pekerja Islam yang bekerja dengan syarikat - syarikat berkenaan? Amerika tidak sakit kita yang tersepit. Boikot itu bukan caranya, dakwa mereka.

Ada pula suara sinis yang memandang enteng jerit pekik, maki hamun dan teriak semangatdalam demonstrasi - demonstrasi menentang Yahudi. Persis anjing menyalak bukit! Tel Aviv dan Washington tidak bergegar sedikit pun dengan luapan kemarahan jutaan umat Islam di seluruh dunia. Justeru keadah demonstrasi juga bukan cara yang tepat, kata sesetengah pihak yang lain.

Namun, itulah sahaja tindakan yang dapat difikirkan dan dilaksanakan demi melahirkan kebencian dan kemarahan. Bukan soal berkesan atau tidak, tetapi apa yang mampu kita buat untuk melahirkan simpati dan empati kita terhadap umat Islam Palesatin. Pokoknya mesti ada tindakan- "actions speaks louder than words.."

Sebenarnya, Yahudi mesti dibenci dan ditentang mengikut cara yang sangat dibenci dan memudaratkan mereka. Apakah cara itu? Firman Allah:
"Sesekali Yahudi dan Nasrani itu tidak akan redha selagi kamu tidak mengikut agama (cara hidup) mereka" (Surah al-Baqarah 2:120)

Ini rahsia hati perut Yanhudi yang dibongkar oleh ALLAH s.w.t sendiri. Sekiranya umat Islam berjaya mengamalkan cara hidup Islam dan membuang cara hidup Yahudi, itulah sikap yang paling menyakitkan mereka.

Tegasnya dengan mengamalkan sepenuhnya cara hidup bersyariat, itulah "demonstrasi" yang paling menyakitkan Zionis. Dan usaha "memboikot" cara hidpo Yahudi- budaya hedonisme (berseronok - seronok dengan hiburan secara keterlaluan), pendedahan aurat, pergaulan bebas, arak, pengamalan riba, dadah dan lain - lain perkara yang haram, maka itulah kaedah yang paling ditakuti oleh Yahudi.

MArilah kita semarakkan cara hidup Islam, sepenuh dan seluruh. Insya-Allah, secara automatik Yahudi akan tertekan. Jangan hanya lisan sahaja yang membenci tetapi sebaliknya tindakan kita memuji. Justeru,membenci jangan hanya dengan emosi tetapi gunakanlah akal dan hati!

No comments:

Post a Comment